Sinopsis Gila Baby

Bob (Beto Kusyairy) memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Dengan mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz Ahmad), bekas teman sekelasnya di sekolah yang selalu membulinya dahulu untuk melakukan jenayah mencuri kereta. Walaupun percubaan pertama Bob untuk aktiviti jenayah tersebut berjaya tetapi ada seorang bayi (Nur Iman Khalisa) di tempat duduk belakang kereta yang dicurinya itu!

Bob kini mendapati dirinya diburu oleh beberapa pihak yang tidak akan berhenti selagi Bob dan bayi tersebut tidak ditangkap! Untuk mengeruhkan lagi keadaan, dalam perjalanan menyelamatkan diri, Bob bertemu Jaja (Nadiya Nisaa) yang mengugut Bob untuk membawanya sekali kerana ingin lari dari masalahnya sendiri.